٣١

Mereka berkata: "Aduhai celakanya kita! Sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melampaui batas.

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٢
"Semoga Tuhan kita, (dengan sebab kita bertaubat) menggantikan bagi kita yang lebih baik daripada (kebun yang telah binasa) itu; sesungguhnya, kepada Tuhan kita sahajalah kita berharap".

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٣
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٤
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٥
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)?

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٦
Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٧
Adakah kamu mempunyai sesebuah Kitab (dari Allah) yang kamu baca dan pelajari?

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٨
Bahawa di dalam Kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih?

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٩
Atau adakah kamu mendapat akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan?

Abdullah Muhammad Basmeih

٤٠
Bertanyalah kepada mereka: "Siapakah orangnya di antara mereka yang menjamin benarnya hukum: bahawa mereka akan mendapat di akhirat apa yang didapati oleh orang Islam?"

Abdullah Muhammad Basmeih

Notes placeholders