٢١

Patutkah kamu membahagi untuk diri kamu sendiri anak lelaki (yang kamu sukai), dan untuk Allah anak perempuan (yang kamu benci)?

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٢
Pembahagian yang demikian, sudah tentu suatu pembahagian yang tidak adil.

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٣
Benda-benda yang kamu sembah itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan datuk nenek kamu menamakannya. Allah sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Mereka yang berbuat demikian, tidak menurut melainkan sangkaan-sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsunya. Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٤
Adakah manusia tetap akan dapat mencapai segala yang dicita-citakannya? (Tidak!).

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٥
Kerana Allah jualah yang menguasai segala urusan akhirat dan urusan dunia.

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٦
(Golongan yang musyrik mengharapkan pertolongan benda-benda yang mereka sembah itu) padahal berapa banyak malaikat di langit, syafaat mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah, kecuali sesudah Allah mengizinkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan diredhaiNya.

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٧
Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan,

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٨
Sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad).

Abdullah Muhammad Basmeih

٢٩
Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan orang yang berpaling dari pengajaran Kami, dan tidak mahu melainkan kehidupan dunia semata-mata.

Abdullah Muhammad Basmeih

٣٠
(Kepentingan dunia) itulah sahaja tujuan terakhir dari pengetahuan yang dicapai oleh mereka. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Abdullah Muhammad Basmeih

Notes placeholders