٦١

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٢
Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku".

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٣
Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٤
Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٥
Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٦
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٧
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٨
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Abdullah Muhammad Basmeih

٦٩
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

Abdullah Muhammad Basmeih

٧٠
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"

Abdullah Muhammad Basmeih

Notes placeholders