Bantuan dan Maklum Balas

Sila semak FAQ untuk melihat sama ada soalan anda telah dijawab. Jika perlu, anda boleh hubungi kami & kami akan melakukan yang terbaik untuk menghubungi anda secepat mungkin, namun sila ambil maklum bahawa kami mempunyai pasukan yang kecil, maka harap anda boleh bersabar dan memahami situasi kami.

Bolehkah saya memuat turun Quran.com ke komputer saya?

Malangnya, tidak. Kami tidak menyediakan fungsi untuk memuat turun laman web kami atau Al-Quran ke komputer anda buat waktu ini. Walau bagaimanapun, anda boleh memuat turun aplikasi mudah alih kami untuk bacaan luar talian.

Bolehkah saya ke seluruh halaman web dalam bahasa lain?

Untuk menukar bahasa pilihan anda, terdapat menu lungsur di sudut kanan atas pada setiap halaman (sudut kiri atas pada bahasa kanan ke kiri). Gunakan lungsur turun ini untuk memilih bahasa pilihan anda.

Saya menemui kesalahan dalam terjemahan, di manakah saya boleh memfailkannya?

Sila laporkan masalah ini di sini dan kami akan membetulkan kesilapan ini secepat mungkin.

Laman web ini tidak berfungsi, bagaimana saya boleh laporkan kepada anda?

Itu tidak bagus! Jika tapak tidak berfungsi sama sekali atau mungkin anda melihat skrin putih dengan teks 'Maaf, berlaku kesilapan', kami menghargainya jika anda boleh melaporkannya di sini .

Saya seorang pemaju. Bagaimana saya boleh menyumbang?

Sila lihat halaman pemaju untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Soalan berkaitan Islam/ Fiqah / Fatwa

Quran.com ialah alat membaca, mendengar dan belajar dalam talian. Pasukan di belakang Quran.com terdiri daripada jurutera perisian, pereka bentuk dan pengurus produk. Malangnya, itu adalah batasan kemahiran kami, maka kami tidak mempunyai ulama, imam atau ustaz dan ustazah sebagai sebahagian daripada pasukan untuk membantu soalan berkaitan Islam, Fiqah atau Fatwa. Kami cuba menahan diri daripada menjawab mana-mana soalan yang diajukan dan menasihati anda untuk bercakap dengan imam di kawasan tempatan anda samaada di masjid atau dengan para asatizah.

Ada Tafsir tersedia ada?

Ya, kami mempunyai beberapa Tafsir. Klik pada ikon yang ditunjukkan di sebelah setiap ayah, kemudian klik pada tafsir. Aplikasi akan menunjukkan kepada anda senarai tafsir yang tersedia. Klik pada tafsir yang ingin dibaca.

Tambah terjemahan lain

Buka isu baharu di sini dengan semua butiran, pautan ke terjemahan dan kami akan cuba sedaya upaya untuk menambahkannya.

Menambah lagi qari

Serahkan maklumat lanjut tentang qari ini di sini

Adakah Quran.com mempunyai aplikasi mudah alih?

Ya! Sila lawati halaman aplikasi mudah alih untuk mendapatkan maklumat lanjut.